FALSAFAH

Allah mencipta bijirin kemudian menumbuhkan menjadi pokok-pokok yang subur berdaun dan berbuah. Pokok-pokok ciptaan Allah s. w. t. itu pula terdiri dari berbagai jenis, ada yang berjunjung seperti kacang, yang menjalar seperti timun dan labu, serta yang menegak seperti kelapa, langsat, rambutan, durian, manggis dan lain-lain. Pokok-pokok ini berbuah dan mengeluarkan hasil sama ada untuk makanan manusia ataupun haiwan.

Allah menjadikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berbagai-bagai jenis dan berlainan rasanya. Ada yang pokoknya sama tetapi buahnya berlainan sama ada pada rupa atau rasa. Kita bersyukur kepada Allah s. w. t. kerana negara Melaysia yang tercinta ini banyak mengeluarkan hasil tanaman. Ini adalah kurniaan Allah yang tidak ternilai, kerana semua ciptaan Allah di bumi ini menunjukkan kekuasaanNya. Islam menggalakkan kita bercucuk tanam kerana hasilnya bukan sahaja boleh dimanfaatkan oleh manusia tetapi mendapat pahala jika dimakan oleh sebarang makhluk.

Hal ini telah dinyatakan oleh Rasuliullah s. a. w. dalam satu hadis:

مَا مِنْ رَجُلٍ يَغْرِسُ غَرْسًا اِلاََّ كَتَبَ اللّٰٰهُ لَهُ مِنَ اْﻻَخِرَةِ قَدْرَ مَا چَخْرُجُ مِنْ ثَمَرِ ذٰلِكَ الْغَرْسِ

Ertinya: Sesiapa yang menanam apa-apa sahaja tanaman, Allah akan memberi pahala kepadanya sama banyak dengan hasil tanamannya.

Oleh :     Ustaz Haji Mohd. Nawi bin Haji Ismail  – E-Pondok

Klik di sini untuk membaca sepenuhnya di E-Pondok

 

Manusia pada asasnya tidak dapat hidup tanpa bahan-bahan makanan dan minuman.   Bahan-bahan tersebut,  sememangnya telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t.  di bumi ini.  Terserahlah kepada manusia untuk mengembangkan bahan-bahan tersebut supaya  dapat dijadikan makanan yang lebih lazat dan bermutu tinggi.

Oleh yang demikian,  kaum petani,  penternak  dan  nelayan  adalah golongan yang amat penting untuk memenuhi tanggungjawab Fardu Kifayah.  Ini sesuai dengan perubahan masa dan keperluan masyarakat di seluruh Negara.   Hasil-hasil pertanian bukan lagi dijadikan sebagai bahan sara diri tetapi ia hendaklah dijadikan sebagai suatu sumber pendapatan yang boleh meningkatkan taraf hidup sesuai dengan perkembangan masyarakat.

Kurangnya tenaga mahir dalam sektor pertanian adalah kerana ia belum menjadi sektor yang benar-benar lumayan dan mempunyai status yang tinggi.   Tetapi melalui Dasar Pertanian Negara,  para pengusaha di bidang pertanian mempunyai peluang yang lebih luas untuk meletakkan diri mereka sebagai pengusaha yang berpendapatan tinggi melalui pendekatan baru yang berasaskan pertanian komersil yang menggunakan teknologi tinggi.

Tuntutan menjadi kaya adalah tuntutan Islam kerana orang-orang yang memberi zakat ialah  orang yang berkemampuan dan cukup syarat.   Orang-orang seperti ini hanya mampu lahir dari kalangan ahli-ahli pertanian atau siswazah di bidang-bidang yang berkaitan dengan perushaan dan perniagaan.

Selagi sektor pertanian didokongi oleh mereka yang tidak mempunyai latarbelakang yang  kukuh dari  segi ilmu pertanian atau perniagaan maka selagi itulah sekkor ini akan dimonopoli oleh mereka yang tidak mempunyai tanggungjawab di segi Fardu Kifayah,  yakni orang-orang bukan Islam.

Kesedaran untuk memperhebatkan sector pertanian ini akan menjadi lebih meningkat dengan tertanamnya dengan yakin kesedaran dan kefahaman bahawa Allah s.w.t melarang umatnya daripada melakukan pembaziran terhadap sumber alam seperti tanah,  binatang,  pokok dan air sebagaimana yang tersebut di dalam ayat-ayat Al-Quran,  di mana Allah s.w.t.  memberi amaran untuk menarik balik nikmat berkenaan jika ia tidak digunakan sepenuhnya sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

Katakanlah lagi:  “Bagaimana fikiran kamu,  sekiranya air kamu hilang lenyap  (ditelan bumi),  maka siapakah  (selain Allah) yang dapat mendatangkan kepada kamu air yang sentiasa terpancar mengalir?” Al-Mulk  (67); 30).

Di dalam Islam kemiskinan adalah musuh yang perlu dibenteras.  Ia selalunya berada pada mereka yang tidak mempunyai cita-cita,  lemah semangat dan tidak mempunyai keyakinan diri untuk mempertingkatkan taraf hidup mereka.    Salah satu bahaya yang sedang mengelilingi orang-orang miskin ialah mereka sedang dipengaruhi oleh berbagai anasir terutama oleh mereka yang ingin mencabut iman mereka.  Ini terbukti dengan peristiwa-peristiwa dunia sekarang di mana segelintir orang-orang Islam yang miskin telah sanggup ditukarkan agama mereka demi untuk mendapat sesuap makanan.

Dalam sebuah hadis,  Rasulullah s.a.w.  ada memperingatkan orang-orang Islam supaya jangan sampai terjerumus ke lembah fakir miskin kerana ia akan mudah ditarik menjadi kufur sebagaimana sabdanya yang bermaksud:

‘Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran.’ Riwayat Abu Naim.

Para petani,  penternak dan nelayan melalui sektor pertanian yang terbentang luas ini boleh menjadikan sektor ini sebagai satu tapak untuk menjadi orang yang berjaya  –  tidak menjadi fakir atau miskin.   Ini bermakna mereka akan menjadi umat Islam yang tidak taat sekirangnya membiarkan mereka kekal dalam kemiskinan.  Adalah wajib bagi mereka membuang sikap rendah diri,  tidak ada keyakinan dan tidak mahu berikhtiar untuk menjadi orang yang kaya.

Para petani dan penternak dan nelayan yang berjaya adalah sebagai wakil umat Islam yang mencapai tahap khalifah di muka bumi ini.

Kecemerlangan  Islam dan umatnya di Negara ini sangat bergantung kepada  sokongan petani,  penternak  dan  nelayan.  Ini kerana sebahagian besar rakyat Negara tinggal di luar Bandar di mana ibu bapa mereka adalah dari golongan petani,  penternak  dan  nelayan.

Kejayaan generasi akan datang adalah bergantung kepada peningkatan ilmu pengetahuan dan pembangunan sahsiah mereka.   Untuk mencapai tahap tersebut,  ibu bapa mestilah mampu membiayai pendidikan anak-anak mereka.   Oleh sebab itu golongan petani,  penternak  dan  nelayan yang berada di seluruh pelusuk rantau Negara ini mestilah menguatkan azam untuk meningkat taraf pendidikan,  sahsiah atau akhlah mereka dan anak-anak mereka demi menjamin kecemerlangan umat Islam di masa akan datang.

Sumber: Penerbitan Kementerian Pertanian Malaysia bertajuk  ‘PERTANIAN DALAM AL-QURAN’,  muka surat  12 – 17.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s